PENGENALAN KEPADA KESIHATAN



Konsep “kesihatan” pada mulanya merujuk kepada keadaan sihat dan selamat, tidak mengalami kecederaan, kecacatan dan penyakit. Konsep ini telah diluaskan maknanya kerana ia merupakan aspek yang sangat penting kepada manusia. Tambahan pula, manusia kini mula mengalami pelbagai ancaman dan masalah kesihatan yang dikaitkan dengan gaya hidup masyarakat kini. Kepelbagaian produk yang berasaskan kesihatan menyebabkan segelintir masyarakat mengabaikan pemakanan sihat kerana terlalu mempercayai produk tersebut yang dikatakan boleh memberi tenaga kepada penggunanya. Kesibukan bekerja juga telah dijadikan sebagai satu alasan untuk menjauhkan diri daripada melakukan aktiviti fizikal seperti berjoging. Masa senggang pula tidak di manfaatkan untuk melakukan aktiviti rekreasi.

Pada tahun 1948, dalam persidangan kesihatan sedunia kali pertama anjuran pertubuhan kesihatan sedunia (WHO), kesemua wakil negara sebulat suara menerima usul bahawa kesihatan bermaksud sihat dari segi aspek fizikal, mental, sosial, dan bukan sekadar bebas dari penyakit, kecacatan dan kecederaan.

 Melalui usul tadi, terdapat komponen lain yang telah dikenal pasti penting dalam aspek kesihatan iaitu emosi dan rohani. Gangguan pada salah satu komponen kesihatan akan turut mempengaruhi komponen kesihatan yang lain.

DEFINISI KESIHATAN

Hoyman (1962) mentakrifkan kesihatan ialah keadaan sihat yang optimum bagi kehidupan yang sempurna, produktif dan kreatif. Ia ditunjukkan dalam satu hierarki yang bermula dengan kesihatan optimum dan berakhir dengan kematian (kesihatan sifar).







Comments

Popular posts from this blog

FAEDAH MENGGUNAKAN RANGKAIAN LAMAN SOSIAL

PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI