PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI

KONSEP ANATOMI

Perkataan antatomi berasal daripada bahasa Greek. Anatomi yang juga dikenali sebagai “a cutting open” ialah sebuah bidang ilmu yang mengkaji struktur dalaman dan luaran dan hubungan fizikal antara bahagian-bahagian di dalam badan manusia. Anatomi dibahagikan kepada dua iaitu :

a)    Anatomi Makroskopik (gross)
Bentuk dan sifat jenis anatomi ini dapat dilihat dengan menggunakan mata kasar. Bentuk dan sifat jenis anatomi ini dapat dilihat dengan menggunakan mata kasar. Permukaan anatomi (surface anatomy) merujuk kepada kajian umum dan bentuk permukaan  (superficial markings).  Kawasan anatomi (regional anatomy) pula merujuk kepada bentuk permukaan dan ciri dalaman di kawasan yang spesifik pada tubuh badan manusia seperti kepala, leher dan batang tubuh. Anatomi sistemik (systemic anatomy) ialah struktur system organ yang penting dimana sekumpulan organ yang menjalankan fungsinya bersama dalam koordinat yang pelbagai. Sebagai contoh, jantung, darah dan salur darah adalah daripada sekumpulan system kardiovaskular yang mengangkut oksigen dan nutrient ke seluruh tubuh badan.

b)    Anatomi Mikroskopik
Anatomi mikroskopik adalah struktur yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Hanya boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop. Mikroskop dapat membongkar butiran asa tentang struktur sel, dimana elektron mikroskop boleh menggambarkan molekul seseorang individu. Anatomi mikroskopik boleh dibahagikan kepada bentuk serta julat saiz dan ciri-cirinya.
                       i.        Cytology cell : mengkaji struktur dan fungsi sel
                      ii.        Histology      : mengkaji tentang tisu organik

KONSEP FISIOLOGI (PHYSIOLOGY)

Fisiologi adalah bidang ilmu yang mengkaji fungsi-fungsi struktur anatomi. Fisiologi manusia pula ialah kajian tentang fungsi tubuh badan manusia. Fungsi-fungsi tersebut sangat kompleks sukar untuk membuat pemeriksaan berbanding struktur anatomi yang lain. Secara kesimpulannya, fisiologi sains ini adalah lebih istimewa berbanding anatomi sains yang lain.
Asas kepada fisiologi manusia ialah fisiologi sel (cell physiology). Fisiologi sel ialah kajian tentang fungsi-fungsi sel hidup.

Fisiologi khas (Special physiology) ialah kajian fisiologi tentang organ yang spesifik. Sebagai contoh, fungsi buah pinggang dan kardiak iaitu jantung.
Fisiologi sistemik (systemic physiology) merangkumi semua aspek fungsi dalam system organ yang spesifik. Contohnya fisiologi pernafasan.
Fisiologi patologikal (pathological physiology) kajian tentang kesan penyakit ke atas organ dan fungsi sistem.








Comments

Popular posts from this blog

FAEDAH MENGGUNAKAN RANGKAIAN LAMAN SOSIAL

PENGENALAN KEPADA KESIHATAN