APA ITU WEBSITE


 Apa itu website?

Website atau dikenali sebagai world wide web ialah jaringan sejagat yang terdiri daripada koleksi fail dalam talian (online). Tapak jaring ini mengandungi pautan (Link) ke dokumen dan sumber-sumber maklumat yang terdapat di seluruh rangkaian internet. WWW boleh dikatakan sebagai perpustakaan maya sejagat (Universal Virtual Library). Ia juga adalah sebutan bagi sekelompok halaman web (webpage) yang umumnya merupakan bahagian dari suatu nama domain atau subdomain di WWW di internet. website dibangunkan oleh Tim Berners-Lee di CERN.

Website menyediakan kumpulan halaman yang menampilkan informasi data teks, data gambar diam atau gerak, data animasi, suara atau video atau gabungan dari semuanya sama ada yang bersifat statik atau pun dinamik yang  membentuk 1 rangkaian bangunan yang saling terkait, di mana masing-masing dihubungkan dengan jaringan (hyperlink).
Website juga merupakan  dokumen “HTML” pada world wide web. Dokumen ini mengandungi hubungan hiperteks dengan dokumen yang lain yang terdapat pada world wide web.

Menurut dictionary.com laman web ialah sebagai pintu masuk ke internet dengan menyediakan kandungan berguna capaian ke pelbagai laman web/ tapak dan ciri-ciri dalam internet.

apakah itu web page?

Web page adalah halaman yang ditampilkan di sebuah website di internet, yang boleh menampilkan teks, gambar dan juga suara. Halaman ini digunakan untuk menunjukkan sebuah halaman website. Web page boleh diibaratkan sebagai sebuah halaman dalam buku.

Webpage adalah sebagai URL ataupun alamat kepada website.

Perbezaan Website dengan Webpage

website
webpage
Merupakan kumpulan halaman yang menampilkan pelbagai informasi
Merupakan salah satu halaman yang terdapat pada website
Menyediakan pautan (link) yang boleh diakses
Melengkapkan maklumat apabila website diakses


bagaimana website/laman web bekerja

·         Internet
Jaringan rangkaian yang membolehkan data-data pada komputer boleh diakses. Contohnya router dan modem

·          web
Mengandungi maklumat perisian iaitu hypertext transfer protocol (http), standard dan menandakan bahasa gabungan yang menghantar maklumat dan perkhidmatan melalui internet

·         Hyperlink
Menandakan teks atau grafik dalam web document di mana apabila diakses ia akan membuka webpage yang baru

·         Web browser
Perisian yang digunakan untuk melihat webpage. Contohnya internet explorer dan google

·         Hypertext Markup Language (HTML)
Deskripsi bahasa yang standard untuk webpage

·         HTML tags
Berhubung dengan web browser untuk menentukan format teks

·         Extensible Markup Language (XML)
Menentukan bahasa untuk web document melalui struktur maklumat

·         Cascading Style Sheet (CSS)
Menentukan bahasa yang menerangkan visual yang muncul dalam kandungan web page









Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

FAEDAH MENGGUNAKAN RANGKAIAN LAMAN SOSIAL

PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI

PENGENALAN KEPADA KESIHATAN