Pengenalan Rangkaian sosial merupakan satu perkhidmatan yang kepada pembinaan dan pengesahan rangkaian sosial dalam talian untuk satu komuniti yang berkongsi kegemaran dan aktiviti atau bagi mereka yang berminat untuk mengetahui kegemaran dan aktiviti orang lain. Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai cara interaksi antara pengguna seperti perbualan dalam talian, bertukar pesanan, e-mel, video, perbualan suara, perkongsian fail, blog, kumpulan perbincangan dan sebagainya. Bartlett-bragg (2006) mendefinisikan rangkaian sosial sebagai ruang lingkup aplikasi yang meluaskan kumpulan interaksi dan berkongsi ruang untuk berkolaborasi, hubungan sosial dan mengumpul pertukaran maklumat dalam persekitaran berasaskan web. Boyd dan Ellison (2007) pula mendefinisikan rangkaian sosial sebagai perkhidmatan berasaskan web yang membenarkan individu-individu untuk membina profil umum atau separa-umum dalam sistem terbatas, menyatakan senarai
Comments
Post a Comment