Posts

Showing posts from October, 2017

MY ENGLISH

DICTIONARY OF IDIOMS (ENGLISH-MALAY) Above all Yang paling utama, yang paling dipentingkan A bed roses Hidup senang/ mewah Addle-egg Sombong Addle-headed Bodoh, pandir All in all Yang terpenting, setelah difikirkan masak-masak Apple of the eye Buah hati, kesayangan Animated discussion Perbahasan hangat Arm in arm Bermuafakat Barmy on the crumpet Otak/ fikiran tak betul Beat the air Kerja sia-sia Bed and board Hubungan seperti suami isteri Bed fellow Sahabat karib Draw a bead on Menenang Full of beans Semangat tinggi In the bottom of the bag Pilihan terakhir I havent’s a bean Tidak berwang Of one’s own word Dengan rela, tanpa paksaan Let the cat

PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI

KONSEP ANATOMI Perkataan antatomi berasal daripada bahasa Greek. Anatomi yang juga dikenali sebagai “a cutting open” ialah sebuah bidang ilmu yang mengkaji struktur dalaman dan luaran dan hubungan fizikal antara bahagian-bahagian di dalam badan manusia. Anatomi dibahagikan kepada dua iaitu : a)     Anatomi Makroskopik (gross) Bentuk dan sifat jenis anatomi ini dapat dilihat dengan menggunakan mata kasar. Bentuk dan sifat jenis anatomi ini dapat dilihat dengan menggunakan mata kasar. Permukaan anatomi (surface anatomy) merujuk kepada kajian umum dan bentuk permukaan  (superficial markings).  Kawasan anatomi (regional anatomy) pula merujuk kepada bentuk permukaan dan ciri dalaman di kawasan yang spesifik pada tubuh badan manusia seperti kepala, leher dan batang tubuh. Anatomi sistemik (systemic anatomy) ialah struktur system organ yang penting dimana sekumpulan organ yang menjalankan fungsinya bersama dalam koordinat yang pelbagai. Sebagai contoh, jantung, darah dan salur dar

PENGENALAN KEPADA KESIHATAN

Konsep “kesihatan” pada mulanya merujuk kepada keadaan sihat dan selamat, tidak mengalami kecederaan, kecacatan dan penyakit. Konsep ini telah diluaskan maknanya kerana ia merupakan aspek yang sangat penting kepada manusia. Tambahan pula, manusia kini mula mengalami pelbagai ancaman dan masalah kesihatan yang dikaitkan dengan gaya hidup masyarakat kini. Kepelbagaian produk yang berasaskan kesihatan menyebabkan segelintir masyarakat mengabaikan pemakanan sihat kerana terlalu mempercayai produk tersebut yang dikatakan boleh memberi tenaga kepada penggunanya. Kesibukan bekerja juga telah dijadikan sebagai satu alasan untuk menjauhkan diri daripada melakukan aktiviti fizikal seperti berjoging. Masa senggang pula tidak di manfaatkan untuk melakukan aktiviti rekreasi. Pada tahun 1948, dalam persidangan kesihatan sedunia kali pertama anjuran pertubuhan kesihatan sedunia (WHO), kesemua wakil negara sebulat suara menerima usul bahawa kesihatan bermaksud sihat dari segi aspek fizikal, m

TRAUMA

PENGENALAN Trauma adalah tindak balas emosi terhadap peristiwa yang dahsyat yang menyebabkan seseorang mengalami gangguan dan tindak balas jangka panjang misalnya emosi tidak menentu, imbasan, hubungan tegang dan gejala fizikal seperti sakit kepala atau loya. Walaupun perasaan ini adalah normal, sesetengah orang mempunyai kesukaran bergerak dengan kehidupan mereka. Terdapat pelbagai peristiwa yang boleh menyebabkan seseorang itu trauma antaranya adalah seperti pencerobohan fizikal misalnya kes rogol, kemalangan jalan raya, bencana alam atau kematian orang yang tersayang secara tiba-tiba. Ahli psikologi boleh membantu individu-individu mencari jalan yang membina untuk menguruskan emosi mereka. Menurut Frank M. Ochberg (1991) trauma adalah kecelaruan keadaaan fizikal atau psikologi yang dihasilkan oleh ketegangan atau kecederaan pada tubuh yang disebabkan oleh tenaga fizikal dari luar. trauma juga adalah peristiwa pahit sama ada secara fizikal atau mental yang menyebabkan kerosa

APAKAH VIRUS KOMPUTER

Image
APAKAH VIRUS KOMPUTER       virus diciptakan oleh pengaturcaraan komputer (programming)       mereka mahir mengendalikan sesuatu bahasa atur cara- untuk menulis virus seseorang pengatur cara perlu mahir mengendalikan bahasa tersebut melebihi paras kemampuan pengatur cara biasa       pengatur cara komputer yang mampu menulis virus digelar psychopath

APA ITU WEBSITE

  Apa itu website? Website atau dikenali sebagai world wide web ialah jaringan sejagat yang terdiri daripada koleksi fail dalam talian (online). Tapak jaring ini mengandungi pautan (Link) ke dokumen dan sumber-sumber maklumat yang terdapat di seluruh rangkaian internet. WWW boleh dikatakan sebagai perpustakaan maya sejagat (Universal Virtual Library). Ia juga adalah sebutan bagi sekelompok halaman web (webpage) yang umumnya merupakan bahagian dari suatu nama domain atau subdomain di WWW di internet. website dibangunkan oleh Tim Berners-Lee di CERN. Website menyediakan kumpulan halaman yang menampilkan informasi data teks, data gambar diam atau gerak, data animasi, suara atau video atau gabungan dari semuanya sama ada yang bersifat statik atau pun dinamik yang  membentuk 1 rangkaian bangunan yang saling terkait, di mana masing-masing dihubungkan dengan jaringan (hyperlink). Website juga merupakan  dokumen “HTML” pada world wide web. Dokumen ini mengandungi hubungan hipertek