DIABETES

                        Diabetes ialah satu keadaan peningkatan gula dalam darah yang tidak dapat dicerna ekoran kekurangan insulin dalam badan. Diabetes boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Oleh itu, langkah yang wajar perlulah diambil bagi mengatasi masalah ini.

                  Pemakanan yang tidak sihat merupakan faktor berlakunya diabetes. Pengambilan makanan yang berlemak dan mengandungi karbohidrat serta gula yang berlebihan menyebabkan paras gula meningkat. Keadaan ini menyebabkan pankreas gagal menghasilkan insulin yang mencukupi bagi proses pencernaan glukosa yang banyak. hal ini akan menyumbang kepada penyakit diabetes.

                            Kurangnya aktiviti fizikal juga  turut menjadi faktor penyakit kronik ini. Kehidupan yang selesa dengan pelbagai kemudahan moden menyebabkan manusia malas unuk melakukan aktiviti riadah dan senaman. Keadaan ini menyebabkan tenaga dalam badan tidak dapat dibakar dan seterusnya meningkatkan paras glukosa dalam badan. 
     
                            Kawalan terhadap makanan merupaka satu langkah yang baik. Penghidap penyakit ini perlulah mengamalkan pemkanan yang seimbang selari dengan piramid makanan. Sesuatu makanan perlulah mengandungi karbohidrat, protein, vitamin dan lemak yang seimbang. Oleh itu, makanan yang rendah lemak dan serat yang tinggi adalah digalakkan bagi mengurangkan risiko penyakit ini.

                           Senaman dan aktiviti fizikal yang konsisten juga merupakan satu langkah yang wajar. Senaman dapat memainkan peranan untuk mengurangkan paras glukosa dan meningkatkan peredaran darah.Aktiviti seperti berbasikal, berenang dan menari dapat menukarkan karbohidrat menjadi tenaga. Hal ini membantu megurangkan risiko untuk menjadi obesiti dan seterusnya terhindar daripada masalah diabetes.

                                  kesimpulannya, diabetes merupakan salah satu penyakit kronik yang boleh mengancam nyawa. Oleh itu, langkah pencegahan sangat penting dipraktikkan.
                 

Comments

Popular posts from this blog

FAEDAH MENGGUNAKAN RANGKAIAN LAMAN SOSIAL

PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI

PENGENALAN KEPADA KESIHATAN