Posts

JOM BELAJAR MANDARIN

Hi apa khabar semua...lama da blog ni terbiar sepi...almaklum sibuk  berkerja hehehe...baru2 ni saya tiba2 berminat mahu belajar chinese... So saya pun mau share lah sni serba sedikit yang saya baru belajar... belajar yang simple2 jak dulu...tanpa membuang masa lagi, dibawah adalah perkataan simple yang saya belajar baru-baru ini.. Sentences Pinyin Chinese character I love you.  wǒ ài nǐ 我爱你。   You love me.  nǐ ài wǒ  你爱我。   Thank you xiè xie 谢 谢 You're welcome bù yòng xiè 不用 谢 Hello nǐ hǎo 你 好 Goodbye zài jiàn 再 见

TESTING2 DULU MENULIS CERITA

Epilog Zikir hasbi rabbi berkali-kali tira ulang untuk menenangkan hatinya yang diserang rasa resah gelisah sejak mengetahui dia dilamar oleh sepupunya sendiri. Tidak pernah terlintas difikirannya dia akan dilamar oleh sepupunya sendiri. Suara zikir yang merdu mengurangkan kekusutannya. Tira tertidur bertemankan zikir yang merdu. Terasa zikir itu seperti membuainya untuk melupakan seketika kekusutan yang datang tiba-tiba. Benarlah ayat-ayat allah itu mampu menghilangkan kekusutan dan mampu menenangkan jiwa yang gundah gelana.  *********

CORETAN PENA

Setiap dari kita mesti mahu happy ending kan, tipu lah kalau mau sad ending pula kan. hahahaha tapi itu adalah fantasi. Igauan dalam mimpi-mimpi indah lalu kita pun terbangun....oo aku bermimpi rupanya...betulkan....Dalam realiti itu...mesti ada tawa dan duka...baru lah hidup namanya... orang putih bilang dark will pass light will come... Jadi disini, walau apapun terjadi ingat allah ada...dia tidak akan bebankan hamba-hambanya melainkan dia mampu...Semoga kuat sahabat-sahabat diluar sana yang tengah bersedih tu...eh apa aku merepek ni hahhaa....Tiba-tiba pula...Apa-apa pun stay positive guys... #ini blog lama terbiar sepi... dah berhabuk...mengarut lah jawabnya untuk post ini

TOPENG

Image
wajah manusia itu topeng, menyembunyikan kesedihan  dengan senyuman. riak wajah tampak ceria namun didalam bergelora menyimpan rasa. 

DIABETES

                        Diabetes ialah satu keadaan peningkatan gula dalam darah yang tidak dapat dicerna ekoran kekurangan insulin dalam badan. Diabetes boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Oleh itu, langkah yang wajar perlulah diambil bagi mengatasi masalah ini.                   Pemakanan yang tidak sihat merupakan faktor berlakunya diabetes. Pengambilan makanan yang berlemak dan mengandungi karbohidrat serta gula yang berlebihan menyebabkan paras gula meningkat. Keadaan ini menyebabkan pankreas gagal menghasilkan insulin yang mencukupi bagi proses pencernaan glukosa yang banyak. hal ini akan menyumbang kepada penyakit diabetes.                             Kurangnya aktiviti fizikal juga  turut menjadi faktor penyakit kronik ini. Kehidupan yang selesa dengan pelbagai kemudahan moden menyebabkan manusia malas unuk melakukan aktiviti riadah dan senaman. Keadaan ini menyebabkan tenaga dalam badan tidak dapat dibakar dan seterusnya meningkatkan paras glukosa dalam badan.   

MY ENGLISH

DICTIONARY OF IDIOMS (ENGLISH-MALAY) Above all Yang paling utama, yang paling dipentingkan A bed roses Hidup senang/ mewah Addle-egg Sombong Addle-headed Bodoh, pandir All in all Yang terpenting, setelah difikirkan masak-masak Apple of the eye Buah hati, kesayangan Animated discussion Perbahasan hangat Arm in arm Bermuafakat Barmy on the crumpet Otak/ fikiran tak betul Beat the air Kerja sia-sia Bed and board Hubungan seperti suami isteri Bed fellow Sahabat karib Draw a bead on Menenang Full of beans Semangat tinggi In the bottom of the bag Pilihan terakhir I havent’s a bean Tidak berwang Of one’s own word Dengan rela, tanpa paksaan Let the cat