Posts

Showing posts from November, 2017

TOPENG

Image
wajah manusia itu topeng, menyembunyikan kesedihan  dengan senyuman. riak wajah tampak ceria namun didalam bergelora menyimpan rasa. 

DIABETES

                        Diabetes ialah satu keadaan peningkatan gula dalam darah yang tidak dapat dicerna ekoran kekurangan insulin dalam badan. Diabetes boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Oleh itu, langkah yang wajar perlulah diambil bagi mengatasi masalah ini.                   Pemakanan yang tidak sihat merupakan faktor berlakunya diabetes. Pengambilan makanan yang berlemak dan mengandungi karbohidrat serta gula yang berlebihan menyebabkan paras gula meningkat. Keadaan ini menyebabkan pankreas gagal menghasilkan insulin yang mencukupi bagi proses pencernaan glukosa yang banyak. hal ini akan menyumbang kepada penyakit diabetes.                             Kurangnya aktiviti fizikal juga  turut menjadi faktor penyakit kronik ini. Kehidupan yang selesa dengan pelbagai kemudahan moden menyebabkan manusia malas unuk melakukan aktiviti riadah dan senaman. Keadaan ini menyebabkan tenaga dalam badan tidak dapat dibakar dan seterusnya meningkatkan paras glukosa dalam badan.